Ahad, 20 Januari 2013

fibroid.. kanser atau tidak?

PERHATIAN kepada kaum wanita. zaman sekarang ini wanita sering berhadapam pelbagai masalah kesihatan dan penyakit sehingga mereka sendiri pun tak sedar bahawa penyakit dah lama membelenggu diri mereka. adakah kita sedar dan tahu apa itu fibroid??pernahkah kita ambil tindakan sekiranya kita sakit senggugut yang amat sangat dan hanya mengambil ubat penahan sakit??ubat penahan sakit tu bagus ke untuk kita?semua ini kita ambil mudah saja...anda jangan tak tahu ada je anak dara yang terpaksa buang rahim walaupun belum berkahwin malah budak 12tahun pun boleh ada fibroid ni dan terpaksa menghadapi pembedahan. kita perlu tahu semua ini agar kita dan kelurga kita terhindar dari semua perkara ini..In sha Allah.

ok..Apa itu fibroid?
Adakah Fibroid sama seperti kanser??? 

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundi kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser.

Kebanyakkan 
simptom yang dihadapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean.

Bagaimana wanita boleh menghidapinya?

Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya.

Apakah simptom yang dihadapi wanita?
Kebanyakkan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberikan masalah tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran, pesakit akan mengalami:

Sakit semasa haid (senggugut)
Sakit belakang
Haid yang banyak
Sembelit
Kencing kerap
Keguguran yang kerap
Sukar mengandung

Bagaimana fibroid dapat dikesan?
Kebanyakkan fibroid dikesan secara tidak sengaja kerana ia sering tidak memberi sebarang gejala. Sekiranya anda merasa sesuatu bengkak pada bahagian bawah perut, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca pada bengkak tersebut. Ujian ultrasound scan dengan senang akan dapat membezakan samada bengkak itu berasal dari firoid atau ovari.



Bagaimana fibroid ini dirawat?
Kebanyakkan fibroid tidak memerlukan rawatan tetapi doktor anda akan mempertimbangkan atau menyarankan rawatan bergantung kepada:

Sebanyak mana haid dan sakit senggugut yang anda hadapi dan
Berapa cepat fibroid tersebut membesar?
Semakin meningkat usia anda, fibroid akan mengecil apabila mencapai usia menopaus.
Tetapi keinginan anda untuk mendapatkan anak kebarangkalian susah, kerana fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk mengandung

Sekiranya anda memang memerlukan rawatan, terdapat dua jenis pembedahan yang akan disarankan. Satu dinamakan myomectomy dimana ketumbuhan itu sahaja yang akan dibedah dan dibuang oleh doktor,manakala hysterectomy pula adalah pembedahan membuang kesemua rahim dan selalunya dibuat kepada wanita yang hampir mencapai usia menopos dan mereka yang tidak lagi mahukan anak.

Bagi mereka yang masih inginkan zuriat, myomectomy adalah pilihan terbaik. Risiko pendarahan semasa pembedahan adalah lebih tinggi tinggi berbanding hysterectomy.

Ada juga ubat yang boleh mengecutkan fibroid tetapi ia mempunyai kesan sampingan dan keberkesanannya pula tidak begitu memuaskan kerana fiboid akan tumbuh semula selepas ubat tersebut habis dimakan.

Selepas myomectomy, terdapat 25% risiko untuk fibroid membesar semula dalam masa 10 tahun. Satu -Satunya prosedur yang boleh memastikan yang fibroid tidak tumbuh semula ialah melalui hysterectomy.

takut bila tengok gambar, tak nak gambarkan macamna kesakitan yang dihadapi


Macamana untuk menghindar dari mendapat penyakit fibroid ini?
Malangnya tiada cara yang boleh kita hindari untuk mengelak daripada fibroid kerana ia tiada kaitan dengan pemakanan atau gaya hidup dan ia juga bukan sejenis penyakit keturunan.

Fibroid dapat dikecutkan dengan perubatan altenatif... Bagaimana???

Dengan pemakaian Premium beautiful dan pengambilan herba maharani dapat membantu mengejutkan dan membantutkan progres fibroid...in sha Allah..nantikan testimoni, cerita daripada pesakit sebenar yang derita akibat fibroid. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan